Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.

Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.

Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib

"Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib.

"Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.

Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri.

Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan.

"Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas.

"Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan."

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut.

"Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi.

Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.

"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.

Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.

Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.

Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.

Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.


Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.

Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta menunjukkan keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia melalui pelaksaaan dasar kerajaan berdasarkan kelayakan dan bukannya warna kulit.

“Keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (hendaklah) berdasarkan qualification (kelayakan) dan bukan ‘kulitfication’ (warna kulit), amat penting bagi mengerakkan negara supaya lebih maju dan makmur,” kata ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.
Berucap di persidangan perwakilan Wanita Gerakan ke-22 hari ini, Tan berkata, janji-janji supaya semua dasar dilaksana dengan adil tanpa membezakan latar belakang rakyat, tidak harus “sekadar di bibir” sahaja.

Katanya, rakyat yang meletakkan harapan penuh kepada Najib untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar sentiasa memantau dan menilai kerajaan secara berterusan.

“Tersilap langkah mengundang padah dan kehancuran dalam pilihan raya akan datang,” kata Tan.

Mengulas keperluan parti itu berubah bagi memenangi semula sokongan rakyat, Tan meminta semua pihak supaya mengelakkan sikap-sikap negatif, antaranya “ekstrim berasaskan perkauman dan ketuanan”.

Tan juga mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dan angkuh dengan kemenangan di Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu kerana sudah tujuh pilihan raya kecil sebelum ini diungguli pembangkang.

“Di samping itu, kemenangan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang wajar dijadikan rujukan dan memberikan keinsafan. Rakyat berkehendakan calon berjiwa rakyat.

“Di sebalik kemenangan ini, kita tidak perlu mendabik dada, merasa angkuh serta begitu yakin bahawa kemangan BN sebagai petanda rakyat kembali menyokong kita,” katanya.



Tiada kata lagi yang dapat diucapkan. Hanya mampu tersenyum memanjang. Sementara kusut belum pun terlerai, tembelang lain makin terbungkai.

Satu demi satu keluar cerita pasal mamat tiga ekor ni. Itulah dah kata dah mesyuarat tempoh hari sepatutnya dijadikan garisan penamat kepada semua permasalahan yang ditimbulkan Nik Aziz.

Sebaliknya ia dijadikan garisan permulaan kepada pelbagai permasalahan baru yang ditimbulkan oleh yang dituduh. Bermula dengan perjumpaan dengan blogger ternama, keluar pulak cerita Harakah yang sudah menjadi nadi propaganda SU Agong dengan wartawan Suhaimi Pro Umnonya pulak.

Tup tap tup tap keluar pulak pasal larangan mendedahkan rakaman perjumpaan Pas Selangor dengan Pesuruhjayanya pulak. Lepas ni apa pulak?

Ingatkan Najib Tun Razak saja yang dicucuk hidung oleh Mahathir, rupanya dalam Pas ada juga yang diikat dan ditarik dengan ser… huh nasib lah labu…

Senyumlah Tok Guru Nik Aziz, tanggungjawab sudah disampaikan, orang ada mata tak nak tengok, orang ada telinga tak dengar. Habis macam mana kita nak ajak rakyat kaya TAK NAK pada BN?

Kita sendiri pun macam nak tak nak je. Apa nak buat, masing-masing ada cita-cita. Tok Guru Nik Aziz kekalkanlah dengan perjuangan



SHAH ALAM – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal memikul tanggungjawabnya sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menangani kemelut yang melanda parti itu.

Katanya, kegagalan Dr Wan Azizah memberi penjelasan mengenai beberapa perkara berhubung kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi asas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Katanya, keputusan Badrul meninggalkan PKR mempunyai asas yang sama seperti tindakannya meninggalkan parti itu tahun lalu.

“Jika kita meragui moral pemimpin kita, sudah semestinya kita kena buat keputusan yang sukar. Tindakan keluar parti adalah salah satu daripadanya. Itulah juga asas keputusan saya keluar dari PKR dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ezam berkata, sebagai presiden parti dan orang paling dekat dengan Anwar, Dr Wan Azizah patut menjelaskan kepada Badrul mengenai persoalan berhubung skandal suaminya.

“Memang kita faham beliau ada tanggungjawab melindungi suaminya, tetapi sebagai presiden, beliau juga perlu bertanggungjawab kepada ahli parti dan memberi penjelasan kepada ahli mengenai beberapa isu yang meragukan,” katanya.

Ditanya sama ada selepas ini akan ada lebih ramai ‘rakannya’ atau wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu, Ezam berkata, beliau akan terus berdoa kerana kesedaran ini membabitkan asas prinsip moral dan Islam yang seharusnya menunjangi perjuangan setiap pemimpin.

“Saya berharap Allah SWT akan membuka hati lebih ramai lagi untuk meletakkan asas moral dan Islam sebagai keutamaan nombor satu. Jangan sesekali kerana kepentingan politik kita menyisihkan moral dan Islam, kerana dakwaan terhadap Anwar amat berat dan sudah semestinya pemimpin PKR yang lain juga menuntut penjelasan,” katanya.

Beliau juga membidas dakwaan pihak yang mengaitkan pengaruhnya atas keputusan Badrul yang dikatakan mengikut jejak langkahnya dan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, keputusan tersebut adalah atas pertimbangan Badrul sendiri dan beliau berharap semua pihak menghormati tindakan Badrul itu.

“Sebelum ini memang Badrul pernah minta pandangan saya, tetapi ini keputusan beliau sendiri dan ia amat besar maknanya,” katanya.

Kelmarin, pada sidang medianya Badrul berkata, kes liwat membabitkan Anwar adalah antara sebab beliau keluar PKR termasuk meragui tindakan Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.



Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates