KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhak meminta Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu boleh menentukan sendiri corak kepimpinannya dan mampu menyelesaikan masalah dalaman yang timbul seperti masa lalu.
''Kita boleh tentukan kepimpinan kita sendiri dan tetap anggap Nik Aziz pemimpin dalam menentukan parti mengikut landasan Majlis Syura dipengerusikannya,'' katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas saranan Dr. Mahathir supaya Nik Aziz segera berundur daripada Pas kerana kepimpinannya kini mula ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti.
Abdul Hadi berkata, kenyataan Nik Aziz sebelum ini menunjukkan Pas sebuah parti yang demokrasi.
''Kita ada demokrasi dalam Pas dan semua boleh keluarkan pandangan kerana selama ini pun sudah ada pandangan sebegini tetapi kita dapat selesaikan segala masalah dengan baik,'' katanya.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan beberapa pandangan bahawa Pas kini berhadapan dengan krisis kepimpinan, Abdul Hadi berkata; ''Tidak ada krisis kepimpinan, apa yang berlaku hanyalah pandangan yang berbeza.''
Mengenai hubungan Pas dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berkata, ia masih berhubungan baik sesama sendiri.
Beliau juga tidak percaya adanya campur tangan daripada pakatan pembangkang berkaitan apa yang berlaku dalam Pas sekarang.

0 comments
Post a Comment