KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka dapat menjimatkan sebanyak RM260 juta setahun hasil daripada penamatan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29N pada 31 Disember tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, wang hasil penjimatan itu akan digunakan untuk penyenggaraan pesawat dan sistem-sistem lain yang masih beroperasi dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, pesawat pejuang itu akan ditamatkan perkhidmatannya atas dasar kesukaran penyenggaraan sesetengah komponen dan sistem pesawat yang telah usang.

"Proses senggaraan pesawat akan melibatkan kos yang tinggi sekali gus merugikan negara untuk jangka panjang.

"Persenjataan pesawat berkenaan telah sampai ke penghujung tempoh hayat di mana proses penyambungan hayat melibatkan kos yang tinggi dan tidak menguntungkan," katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang meminta penjelasan mengenai rasional kementerian memberhentikan perkhidmatan jet pejuang MiG-29N buatan Rusia. - Bernama

0 comments



Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates